FBI Menyertai in Higher Education English Language Carnival 2022

KHAMIS I 8 DISEMBER 2022 - FBI menyertai Karnival Bahasa Inggeris Pendidikan Tinggi / Higher Education English Language Carnival (HE ELCA) 2022 anjuran Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Program ini secara keseluruhannya telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dengan penglibatan keseluruhan 20 Universiti Awam (UA) dan mencatatkan sejumlah 103 penyertaan dari lima kategori yang dipertandingkan: 1) We Care We Help, 2) Lesson In Life, 3) Play Your Role, 4) #fromwhereIamsitting, dan 5) Twisted Ending. Kebanyakan kategori yang dipertandingkan turut menfokuskan kepada penghayatan ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) didalam video TikTok yang dihasilkan.

Program ini telah memberi impak secara tidak langsung kepada para peserta mengenai penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris di luar waktu kuliah. Kaedah yang diterapkan dalam kategori-kategori yang dipertandingkan turut memfokuskan inklusiviti kepelbagaian idea dan domain kecerdasan manusia dalam memupuk penggunaan Bahasa Inggeris. Hal ini membawa kepada objektif utama iaitu membolehkan pelajar menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam satu ekosistem pembelajaran yang mapan di peringkat universiti.